Sulit
5 tahun
Sakit lenguh di tangan kiri, mual, nk muntah , sakit kepala
Saya wanita berusia 20 an … sy rase sakit di lenguh-ii di bahagian tangan kiri , ada rasa mual-ii nk muntah dan sakit kepala …apakah sakit yg akan effect kepada saya … ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala anda boleh disebabkan:
- Sakit kepala tegang - akibat stess
- Migrain
- Tekanan darah tinggi
- Pendarahan dalam kepala
- Jangkitan kuman dalam kepala
Gejala kebas tangan dan kaki anda boleh berkait dengan sakit kepala anda ataupun tidak dan ia boleh disebabkan seperti:
- Kurang vitamin B atau kalsium
- Penyakit kencing manis
- Anemia - kurang sel darah merah
- Kesan pada otak - seperti jangkitan kuman/pendarahan kerana struktur otak juga mengawal deria pada tangan dan kaki
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
































