
Sulit
2 tahun
Sakit pada ibu jari kaki sebelah kanan
Saya lelaki berumur 20an telah mengalami sakit pada ibu jari kaki sebelah kanan selama hampir sebulan, apakah penyebabnya, untuk pengetahuan doktor, saya mempunyai masalah gout tetapi kebiasaannya akan hilang dalam masa 2-3hari,tetapi kali ini ia berlarutan selama sebulan

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit pada ibu jari kaki anda boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Gout - penyakit ini kerap kembali jika tidak mengambil ubat dan kawalan pemakanan
- Cedera ibu jari kaki - akibat kasut ketat
- Masalah ligamen atau tendon seperti keradangan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.