
Sulit
4 tahun
Sakit pada pergelangan tangan
saya gadis berumur 22 tahun. Pergelangan tangan kanan saya sudah sakit lebih kurang sebulan sudah. Saya dah pergi ke klinik swasta pada awalnya kerana bengkak pada saraf. Kemudian seminggunya lagi saya pergi ke klinik kerajaan kerana masih lagi sakit. Sekarang ni hampir 2 minggu ni saya tak ke mana-mana klinik sebab ingatkan tangan ni ok lah nanti sebab minum ubat pun tak jalan. Tapi saya perasan sakit pada pergelangan tangan bawah ibu jari dan apabila tulang tergerak sikit saya akan rasa sakit sangat. saya akan rasa sakit bila guna tangan sebelah kanan untuk berus badan, ikat rambut juga pakai baju. Jadi adakah saya patut pergi berjumpa doktor semula untuk lihat keadaan tangan saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang hadapi. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Carpal tunnel syndrome: Di mana saraf tersebut tersepit di dalam laluan carpal dan mengakibatkan kebas atau sakit tangan
- Peripheral neuropathy; saraf periferal mengalami masalah sama ada disebabkan oleh kencing manis, jangkitan, kecederaan saraf ataupun sebab lain
- Peripheral artery disease; Di mana kekurangan darah mengalir ke bahagian periferal badan seperti tangan dan kaki
- Kecederaan pada pergelangan tangan sama ada luka ataupun tulang patah
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Disebabkan anda masih mengalami masalah sakit tersebut setelah 2 minggu berjumpa dengan doktor, kami sarankan anda untuk berjumpa semula supaya rawatan yang sesuai dan spesifik dapat diberikan kepada anda sebelum keadaan menjadi lebih parah.
Masih risau dengan sakit tangan anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!
Jika anda masih mempunyai soalan, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi di atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.