
Anonymous
2 tahun
Sakit pd Ari² selepas bersalin
Salam Dr
Sy seorg wanita berumur 32 thn sdh bernikah & bru saja melahirkan ank pertama pd 5/12/2018 yg lalu.
Sy sering mengalami rasa sakit di bahagian ari² beberapa hari sebelum sy kedatangan ha’id… Ia nya merupakan pengalaman yg baru pertama kali sy alami sepanjang tempoh kedatangan Ha’id sy pd setiap bulan.
Sy mula mengalami masalah ini sewaktu kedatangan Ha’id utk bulan yg pertama sebaik saja selepas sy bersalin & selesai berpantang.
SOALAN SAYA : Boleh berikan sy sedikit penerangan mengenai masalah ini?
Apakah perkara ini mmg sering terjadi kpd semua wanita²/ibu² selepas bersalin & Adakah ianya boleh memberikan kemudaratan kelak?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Terdapat beberapa punca yang boleh sakit di bahagian ari-ari. Antaranya ialah:
- Batu karang di buah pinggang dan pundi kencing
- Jangkitan saluran kencing
- Sembelit
- Terbentuknya batu karang bersama nanah di buah pinggang sebelah kanan
- Nanah terbentuk di sekeliling buah pinggang kerana jangkitan
- Saluran kencing tersumbat
- Pengecilan atau sempitnya tiub kencing
- Masalah ginekologi
Jika masalah ini berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor sakit puan bagi menjalani pemeriksaan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan phial kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.