
Anonymous
2 tahun
Sakit pegelang sendi
Saya wanita umur 21 setiap bulan selalu bengkak di sendi jari dan kaki setiap bulan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarakan keterangan yang anda berikan, gejala bengkak serta sakit pada jari dan kaki anda mungkin berpunca:
- Gangguan hormon ketika datang haid
- Radang tendon ibu jari
- Kista ganglion - bengkakan saraf
- Penyakit yang berkaitan dengan saraf
- Kista berserta jangkitan pada ibu jari
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.