
Sulit
3 tahun
Sakit pergelangan kaki dan menyukarkan saya hendak berjalan
hai,saya nak bertanya,saya telah divaksin sebanyak dua(2) kali,boleh atau tidak saya memakan ubat jenis serrata 10mg dan ubat jenis almiral 50mg kerana sy mengalami sakit sendi pergelangan kaki…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kesakitan pada buku lali anda boleh terjadi disebabkan:
- kecederaan yang tidak sembuh
- gout
- arthritis
- kecederaan pada saraf
- jangkitan pada sendi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui dan anda perlu berjumpa dengan doktor kerana kesakitan anda tidak bertambah baik.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.