
Sulit
3 tahun
Sakit pergelangan kaki
Saya wanita berusia 39 tahun, berat badan 92kg, masalah Yang saya hadapai adalah sakit dibahagian pergelangan kaki, Rasa sengal-sengal Di bahagian pergelangan sekiranya melakukan pergerakan kaki atau memakai kasut Yang bertumit. Adalah disebabkan masalah berat badan punca pergelangan kaki saya sakit? Begitu juga Di pergelangan tangan diantara IBU Kari juga Rasa Yang Sama

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham bahawa sakit di pergelangan kaki amatlah tidak selesa dan ia boleh mengganggu pergerakan anda. Jangan risau kerana kami akan membantu anda dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Masalah sakit pergelangan kaki boleh disebabkan oleh disebabkan oleh beberapa faktor.
Ya, berat badan berlebihan boleh menyebabkan anda mengalami sakit di pergelangan kaki disebabkan tekanan yang tinggi pada sendi. Selain itu, lutut juga berpotensi mendapat sakit yang serupa.
Terdapat juga faktor lain yang boleh menyebabkan anda mengalami sakit pergelangan kaki, antaranya:
- Gout
- Osteoartritis
- Artritis reumatoid (rheumatoid arthritis)
- Jangkitan sendi (septic artritis)
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami di atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.