
Sulit
5 tahun
Sakit perut bhgn kanan
Salam Sejahtera doc. Saya merupakan wanita yg berusia 36 tahun. Saya ingin bertanya 2 soalan iaitu Mengapa sejak akhir² ini saya merasakan sakit yang mencucuk² dia bahagian kanan perut saya? Dan soalan 2 pula,mengapa saya merasakan tidak selesa pd bahagian bawah perut (adakah kerana perut buncit@kembung? sy tdk pasti…ia tidak sakit cuma merasakan tidak selesa)

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit perut kanan bawah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keracunan makanan
- Penyakit radang pelvis
- Ovulasi/kehamilan ektopik/endometriosis
- Penyakit radang usus
- Jangkitan saluran air kencing/buah pinggang
- cysta ovari
- radang appendiks
Sebaiknya anda merujuk doktor agar dapat dilakukan pemeriksaan lanjut dan diberikan diagnosis dan ubatan yang tepat dan efektif. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.