
Sulit
4 tahun
Sakit perut dan belakang badan
Saya seorang remaja berumur 17 tahun, hari selasa semalam saya mengalami sakit perut yg agak perit dan sakit tu rasa sampai di belakang badan saya,jadi saya sukar untuk tidur,sampai harini masih sakit, saya risau akan kesihatan saya, saya tidak tahu apa puncanya, perlukah saya pergi buat check-up ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Secara umumnya, sakit di bahagian pusat, abdomen kanan mahupun abdomen kiri, boleh disebabkan oleh pelbagai jenis gangguan seperti:
- penyakit saluran makan (i.e. gastrik, GERD, dll)
- appendiks
- irritable bowel syndrome
- inflammatory bowel disease
*gangguan pencernaan - dan lain-lain
Namun ia juga boleh disebabkan oleh:
- pengambilan ubat-ubatan yang tidak terkawal
- efek sampingan dari ubat
- stress otot yang berlebihan
Maka, tanpa pemeriksaan yang lebih khusus, kita tidak boleh menjamin punca sebenar sakit yang anda alami. Walaubagaimanapun untuk menghilangkan keluhan buat sementara waktu, anda dinasihatkan untuk:
- berehat apabila selesai beberapa tugas
- memastikan pakaian tidak terlalu ketat
- memastikan tubuh sentiasa terhidrat (baca: stay hydrated)
- amalkan pemakanan sihat (untuk jangka panjang)
- dan merujuk ke doktor secepatnya sekiranya gejala berlanjutan
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gastroenterologist kami sedia membantu