
Sulit
4 tahun
Sakit perut yang berlarutan sehingga lebih dari tiga hari
salam doktor, saya nk tanya dan mnta pendapat. rabu lepas 22/7/2020 perut saya sakit. mcm angin. sy cuma letak minyak panas sebb selalu jd mcm tu bila makan banyak dan kerap. tp sakit tu berlarutan sampai ke hari ni. hampir setiap malam rasa mcm angin tolak naik ke dada. tapi hari sabtu dan ahad (25-26/7/2020) baru ni sy perasan ada cairan keluar dari vagina. warna kuning nak ke coklat. saya ingat period. tp saya yakin yang tu bkn period sebb date utk period seterusnya lg 2 minggu. lagipun cecair tu cuma keluar pada sebelah petang saja dua hari berturut2 sebab dua hari tu saya banyak berjalan. selepas hari tu tiada lagi cairan warna coklat tu keluar cumanya saya kerap rasa tak selesa di bahagian perut. dan dah dua hari sy buang air besar sebanyak 2 kali dlm satu hari. lepas dah membuang pun masih rasa tak selesa.
apakah ni simptom utk penyakit2 lain jugak ka doctor?
dan perlukah sy ke klinik untuk scan?
terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami mungkin berkaitan antara satu sama lain atau tidak. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Keracunan makanan
Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
Radang pankreas atau pancreatitis.
Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Manakala, bagi discaj, ianya boleh disebabkan oleh:
Keputihan fisiologi
Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.