Sulit
5 tahun
Sakit sendi dan tapak kaki
Saya mengalami sakit sendi . Dan sukar nk berjalan… tapak kaki rasa sakit sgat . Ubat ape yg sesuai utk saya… bg melega kan kesakitan ni
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Menurut keterangan anda, sakit sendi dan kaki boleh disebabkan oleh :
- kekurangan zat besi dan kalsium
- aktiviti yang membebankan
- tidak cukup rehat
- rapuh/hakisan tulang
Untuk mengurangkan rasa sakit tersebut, anda boleh:
- elakkan mengangkat berat yang berlebihan
- amalkan pemakanan yang seimbang
- amalkan senaman dan fisioterapi
- pengambilan supplemen untuk menguatkan tulang seperti kalsium dan vitamin D
Jika kesakitan berterusan dan mengganggu aktiviti seharian, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor dan mendapatkan konsultasi serta rawatan yang sewajarnya.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda boleh menghubungi doktor kami untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
































