Sulit

4 tahun

Sakit sendi lengan adakah disebabkan sengat lebah

Saya wanita berumur 28 tahun. Hanya menghidap skizoafektif disorder.

Selasa lepas, 26/1/21 saya terkena sengatan lebah jenis keran di sekitar pergelangan tangan saya sebelah kanan. Pada masa itu saya hanya merawatnya dengan menggosok sejenis daun dan menyapukan sedikit cecair kapur makan. Kesan gigitan tersebut seperti bintat gigitan semut api, agak besar, merah dan menyakitkan apabila ditekan.

Sekarang bintat tersebut dah surut dan kulit luar di kawasan tersebut menjadi agak keras dan kehitaman sedikit.

Pagi tadi, saya bangun pagi dengan rasa sakit pada sekitar kawasan tersebut. Ia terasa sangat sakit apabila saya memusingkan pergelangan tangan saya.

Pada mulanya saya ingat mungkin saya tertindih lengan semasa tidur. Bagaimanapun sampai sekarang (7.15 malam), saya masih merasakan kesakitan itu malah ia menjadi-jadi semasa saya buat sedikit aktiviti lasak tadi.

Soalan saya adakah kesakitan yang saya alami ini adalah kesan daripada sengatan lebah keran tersebut? Setahu saya sengatan keran kurang bahaya. Tapi saya risau jugak ni kerana masih mengalami kesakitan dan kesukaran untuk melakukan kerja-kerja terutamanya yang melibatkan sendi pergelangan tangan saya.

Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.

Kami faham situasi yang anda alami pada masa ini. Untuk pengetahuan anda, sakit sendi boleh disebabkan oleh beberapa sebab, seperti:

  • Jangkitan sistemik
  • Septic arthritis
  • Cellulitis
  • Osteoarthritis
  • Saraf terhimpit (nerve entrapment)

Masih terasa lenguh dan sakit tulang? Dapatkan kekuatan yang diinginkan untuk menjalani aktiviti harian anda tanpa gangguan!

Masih risau dengan sakit tangan anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!

Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang anda alami. Saranan kami adalah anda perlu membuat pemeriksaan bersama doktor supaya puncanya dapat dicari dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Ia mungkin berpunca dari sengatan tersebut ataupun daripada punca yang disebutkan atau tidak disebutkan di atas. Hal ini memerlukan perhatian anda dan doktor kerana ia mengganggu aktiviti harian anda.

Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami mengenai masalah yang anda alami. Terima kasih.

AdobeStock_77283145

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)