
Sulit
5 tahun
Sakit seperti uray tegang di belakang kepala
Salam sejahtera doctor .sejak 2 minggu yang lalu saya dibebani dengan rasa sakit seperti tegang ,dan berdenyut di bahagian belakang kepala (atas tengkuk) .rasa sakit ini sehingga saya tidak boleh menoleh , gelak atau hentakan badan di dalam kenderaan juga saya akan terasa sakitnya .saya ada sapu minyak angin tetapi rasa sakit tu tetap tak berkurang .apakah sebabnya doktor ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Sakit kepala secara amnya terbahagi kepada dua iaitu sakit kepala primer dan sekunder. Sakit kepala primer biasanya adalah:
- Migraine biasanya sakit kepala bersifat berdenyut-denyut
- Cluster type headache
- Tension type headache
- Akibat penggunaan ubatan
- Akibat sinusitis iaitu keradangan lubang tengkorak
Memandangkan anda telah mengalami masalah ini sejak beberapa lama dan kerap kali, sebaiknya anda merujuk ke doktor agar ia dapat diatasi dan tidak mengganggu aktiviti harian anda. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.