
Sulit
3 tahun
Sakit tangan dan leguh tidak tahu megapa
Saya ingin tahu kenape saya rasa sakit dan leguh tangan kiri dan tangan kanan sehari bertukar sehari tangan kiri dan sehari tangan kanan tolong jawab soalan saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Carpal tunnel syndrome
- Masalah saraf
- Kecederaan pada tangan
- Diabetic neuropathy
- Arhritis
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Namun begitu, sukar untuk kami katakan masalah sebenar yang dialami oleh anda memandangkan pemeriksaan lanjut dan pertanyaan lanjut mengenai gejala yang dialami oleh anda perlu diketahui. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda supaya punca masalah anda dapat diketahui.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.