Sulit
4 tahun
Sakit tekak di bahagian kerongkong
Assalamualaikum dan salam sejahtera… nama sy adib berumur 27, sy nk tanya masalah yang saya hadapi sekarang, sejak kebelakangan ni tekak sy sakit terutama di bahagian kerongkong, rasa mcm ada benda asing di bahagian tersebut dan hidung saya kerap tersumbat… adakah ini berpunca dari resdung ?? Atau mungkin disebabkan alahan makanan atau lain2… ?? Itu saja pertanyaan saya terima kasih…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit kerongkong boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Jangkitan kuman
- Radang tonsil
- Radang tekak
- Kecederaan pada tekak akibat batuk atau makanan
- Masalah tiroid
Selain daripada merujuk doktor untuk pemeriksaan lanjut, anda boleh melegakan rasa tidak selesa ini dengan cara:
- Gargle dengan air garam suam
- Minum air suam
- Minum air lemon dan madu
- Menghisap lozenges
Sekiranya sakit kerongkong tidak berkurangan atau bertambah teruk, sila dapatkan nasihat lanjut. Sila klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.