
eanton_s
4 tahun
Sakit urat di pergelangan buku lali kaki
Saya seorang lelaki berumur 54 tahun dan mengidap sakit darah tinggi dua tahun makan ubat darah tinggi. Setiap kali bangun dari tidur saya merasa kesakitan dan lenguh di bahagian urat pergelangan kaki kanan saya, untuk mengurangkan kesakitan, saya tepuk dengan kuat bahagian bawah peha saya beberapa kali sehingga sakit kaki reda dan saya dapat berjalan. Begitu juga selepas berjalan jauh atau aktiviti lasak di mana apabila berehat dan badan menyejuk kesakitan itu datang dan untuk meredakanya saya tepuk bahagian bawah peha dan buat pergerakan untuk memanaskan badan barulah kesakitan berkurang. Puncanaya ialah beberapa tahun lalu sebelah atas tapak kaki saya tercucuk duri tajam pokok sawit. Malang sekali, duri itu patah. Saya mengharapkan duri patah yang tertinggal di dalam kaki saya akan terkeluar bila bernanah sebab selalunya bila berlaku kes begini tempat yang kena duri akan bernanah dan jika ada sisa duri akan terkeluar sendiri tetapi kali ini tidak berlaku seperti itu. Tiada pembentukan nanah. Malah duri yang tertinggal di bawah kulit telah berubah kedudukan. Pada mulanya saya dapat rasa kedudukan duri itu di kaki saya. Setelah seminggu dari kejadian itu, saya ke klinik berdekatan bertujuan untuk meminta pembedahan kecil mengeluarkan duri itu tetapi masalahnya hari itu saya tidak dapat merasa di mana kedudukan duri itu lagi. Oleh kerana ridak ada kesakitan waktu itu, saya biarkan sehinggalah bertahun-tahun. Beberapa tahun kemudian masalah sakit di kaki saya timbul. Kesakitan ini sangat mengganggu pergerakan saya hingga sekarang. Saya pernah pergi ‘medical checkup’ keputusanya doktor mengatakan ada sesuatu yang penting berkaitan anti body tiada dalam badan saya. Saya minta suntikan tapi doktor kata dah habis jadi tak jadi minta suntikan hingga hari ini . Soalan saya, adakah kaitan antara ketiadaan anti body penyebab duri itu tidak dapat dikeluarkan oleh badan? Apakah yang perlu saya buat supaya kesakitan itu tidak mengganggu saya lagi? Bagaimana cara supaya duri itu dapat keluar dari kaki saya? Akhir-akhir ini saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena di peha kanan saya sebelah bawah, macam ada sesuatu di dalam dan kadang- kadang terasa macam mencucuk dari dalam kemudian hilang lagi. Terima kasih, nasihat doktor sangat saya perlukan.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan dan sejarah kesihatan tuan, beberapa punca kepada gejala sakit kaki ini boleh terjadi seperti:
- Penyakit arteri (saluran darah) periferi
- Cakera tulang belakang tergelincir (Slipped disc)
- Saluran dalam darah tersumbat (Deep vein thrombosis)
- Jangkitan pada sendi kaki
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.