
Anonymous
4 tahun
Sakit urat di tangan
Saya berumur 30an semalam saya makan lemang jadi hari ni sudah seharian tangan kiri saya sakit macam di cucuk cucuk apa saya perlu buat sebab sebelum ini kadang tangan kanan pun pernah rasa sakit sampai ke lengan. Ada ubat tahan sakit tak? Letak ais pun tak kurang sakit.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Rasa sakit ataupun kebas tangan (seperti dicucuk jarum) merupakan gejala kepada penyakit-penyakit berikut:
- Sindrom Carpal (“Carpal Tunnel Syndrome”)
- Diabetes
- Aliran darah yang tidak mencukupi
- Trauma
- Cedera urat saraf (nerve palsies)
Terdapat pelbagai ubat tahan sakit yang boleh diberikan kepada anda namun punca kepada kesakitan tersebut perlu diketahui dahulu. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.