
Sulit
4 tahun
Sakit urat kaki kebas2 kaki. Selalu rasa mcm semut gigit2 kaki
Saya perempuan. Berumur 29yo. Sudah melahirkan 2 cahaya mata. Saya mengalami sakit urat dari pinggang hingga ke kaki. Kalau cuaca sejuk atau di ofis terlalu sejuk urat kaki yang sakit seakan mengecut dan menarik menyebabkan rasa tidak selesa mcm krem. Kaki saya selalu kebas2 dan selalu jugak rasa seperti semut gigit2. Berat saya 60 dan tinggi saya 163. Saya xda penyakit diabetis atau high blood pressure. Saya ada asma dimana saya dpt asma semasa memgandung anak kedua. Dan apabila batuk2 semasa asma mmg sgt sakit urat kaki. Terik. Urat kaki dan belikat pun terik kalau saya batuk atau bersin. Adakah ia merbahaya? Semasa nak melahirkan anak mmg sakit sgt urat kaki dan pinggang tersebut sbb posisi beranak normal perlu membuka kaki.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah yang anda hadapi boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Diabetes atau kencing manis
- Aliran darah yang tidak mencukupi
- Trauma
- Masalah otot dan juga saraf
- Kekurangan vitamin
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.