
Sulit
2 tahun
Salit perut dibahagian kanan perut
Saya merupakan pelajar perempuan yang berusia 19tahun.Saya sering mengalami masalah sakit perut.Pada minggu lepas,saya mengalami masalah sakit perut dan sakit ini melarat sehingga sekarang.Saya sering berasa sakit di bahagian kanan perut.Apabila saya berjalan,duduk dan baringsaya berasa sakit di bahagian kanan perut.Sejak saya mengalami simptom ini,saya berasa suhu badan panas dan sukar untuk baring kerana berasa sakit di bahagian kanan perut.Malah ketika saya membuang air besar dan kecil ,kadang² saya berasa sakit di bahagian kanan perut.Apakah pandangan serta saranan doktor mengenai masalah yang saya hadapi ketika ini?Adakah ini tuttur gejala bagi aphendix?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit perut kanan bawah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keracunan makanan
- Penyakit radang pelvis
- Ovulasi/kehamilan ektopik/endometriosis
- Penyakit radang usus
- Jangkitan saluran air kencing/buah pinggang
Sebaiknya anda merujuk doktor agar dapat dilakukan pemeriksaan lanjut dan diberikan diagnosis dan ubatan yang tepat dan efektif. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.