
Sulit
4 tahun
Saraf dan sendi tulang
Saya lelaki berbadan besar dan berumur 34thn. Saya ada pernah jatuh terduduk di tangga ofis. Selepas daripada itu, saya mula mengalami masalah kesihatan seperti sakit di bahagian pinggang, peha, lutut dan keseluruhan kaki. Kaki berasa kebas, mula hilang imbangan, kaki berasa apa lemah, pergerakkan terbatas, jika berjalan tidak berhati², saya akan jatuh. Jika berjalan lutut bertambah sakit, sekitar buku lali sakit, dan bertambah kebas terutama di tapak kaki dan jari kaki kiri dan kanan. Nak melangkah longkang, atau naikkan kaki ke tempat tinggi sikit tak boleh, terus jatuh, berjalan menaik dan mencuram pun akan jatuh, naik tangga dan turun tangga seolah kaki terasa berat, kalau turun tangga, lutut seperti tak boleh bengkok, kaki jadi cepat turun ke tangga dengan laju, seperti tidak boleh di kawal seperti orang normal yang turun tangga. Jika duduk, bangun semula berasa semut² dari bahagian pinggul hingga lutut, dan adakala nya tiba² jatuh sendiri seperti tak ada deria rasa pada kaki. saya juga pernah letak kaki sebelah atas kerusi biasa, kaki tak boleh nak naik, nak kena ada benda nak di pegang baru kaki boleh naik kerusi,dan sebelah kaki lagi tak dapat menahan nya pula lama² dan begitu jika saya bertukar kaki lain naik ke kerusi, tetap susah dan sakit, serta kaki berasa lemah. Nak start motor guna kaki, kaki kiri susah nak naik, kaki sebelah kanan pula tak dapat menahan lama… adakah masalah saya ni begitu serius? Ubat tahan sakit dah makan pun tak jalan, ubat sapu pun tak jalan, minum susu anlene pun tak jalan juga… Tolong bantu saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
kekurangan zat besi dan kalsium
aktiviti yang membebankan
tidak cukup rehat
rapuh/hakisan tulang
Radang sendi
Gout
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.