
Sulit
4 tahun
Saraf jari sakit, sakit belakang , sakit kepala & berak berdarah
Hi. Saya seorang lelaki berumur 40 tahun. Tidak merokok dan tidak juga minum alkohol. Ada beberapa simptom yang berlaku serentak dan memerlukan penjelasan. Sakit saraf jari dah berlarutan lebih setahun. Rasanya pedih terutama ketika menggunakan handphone. Baru- baru ini, belakang saya mengalami kesakitan dan juga saya mengalami sakit kepala yang kerap disamping berak berdarah. Boleh doktor analisa apakah simptom penyakit yang sedang saya alami.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah sakit jari yang berlarutan boleh disebabkan beberapa penjelasan, antaranya ialah:
- carpal tunnel syndrome
- Saraf terhimpit (nerve entrapment)
- Saraf diabetik (diabetic neuropathy)
- Kecederaan pada tangan atau jari
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu juga boleh mengakibatkan kebas pada bahagian jari dan tangan
Bagaimanapun, untuk mengetahui atau menganalisa punca sebenar serta rawatan yang tepat kepada masalah anda, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Berkenaan dengan sakit belakang, sakit kepala dan berak berdarah, sukar bagi pihak kami untuk membuat kesimpulan kerana pelbagai maklumat perlu ditanyakan kepada anda termasuk sejarah kesihatan anda. Hal ini juga bagi mengenal pasti samada gejala tersebut berkait rapat antara satu sama lain atau tidak.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Jika masalah ini berlarutan dan mengganggu anda, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih