Sulit
3 tahun
Satu mencucuk di kaki kiri
Saya wanita berumur 23 tahun, sejak 2-3 tahun yang lalu. Saya sering mengalami sakit yang mencucuk dikaki sebelah kiri apa bila saya duduk lama. Dan juga sakit di bahagian sacral. Saya juga dapati piriformis muscle saya tebal berdasarkan ultrasound yg telah dilakukan. Boleh tak saya nak tahu specific diagnosis and are there any treatments for this?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kaki sakit anda boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Masalah cakera tulang belakang - seperti cakera tergelincir atau terkeluar (prolaps). Sekiranya anda pernah mengangkat benda berat atau cedera pada tulang belakang
- Masalah kurang potassium atau kalsium - kedua-dua nutrien ini penting untuk saraf dan otot berfungsi
- Masalah penyakit arteri periferi - jika anda mempunyai penyakit darah tinggi, kencing manis atau sejarah keluarga
- Tekanan pada saraf kaki - akibat otot menekan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.































