
Sulit
4 tahun
Saya dah lewat haid dan cek beberapa kali semua test upt posotif
hye doktor sy nak thu shja…sbb sya dh lewat haid…sehari sblm trikh haid sya test upt -ve…lpaas tu cek 3hri lmbt haid 2line 1kabur…esoknya pun 2line jgk…selang lpas tu sya cek 2line terang dri kmren…2hri lpstu prgi klinik cek negatif…n balik cek upt blik sma jgk 2line…skrg sya ada kluar drah tapi hnya sdkit2 shaja strt 18/9 hrtu smpai skrg…tpy hanya tompok2 bulat tak bnykla…sya bingung adakah sya haid atau hamil? tq

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami haid anda lewat dan anda juga risau jika anda hamil. Sekarang anda alami pengeluaran tompok-tompok bulat seperti spotting dari alat sulit anda.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!