baloonzone
5 tahun
Saya mengandung ke tidak
Hi doc saya berumur 32 tahun saya sepatutnya period 26 hb 2 tapi smp hari ini saya belum period sdh lepas 5 hari saya check upt tunjuk negatif tapi bawah perut agak sakit jadi saya perlu bt apa dan saya mengandung ke saya mempunyai satu tiup falapio dan saya berkahwin sdh pun 10 tahun tidak punyai anak lagi tapi saya punya period selalu normal ini baru kali pertama mcm mana doc.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah haid lambat yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Berbalik kepada soalan anda mengenai rawatan selanjutnya. Terdapat banyak soalan yang harus diajukan sebelum kesimpulan dapat dilakuka. Terutamanya, punca haid lambat ini haruslah diketahui sebelum rawatan yang sesuai boleh diberikan. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut bagi mengetahui punca, dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) ataupun (DoctorOnCall EPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Terima kasih

























