
Sulit
4 tahun
Saya menghidapi masalah bau badan yang sangat tidak menyenangkan
Saya wanita berumur 19 yang menghidapi masalah bau badan. Saya tidak mengenal pasti apa punca masalah ini sedangkan keluarga saya tiada masalah bau badan ini. Saya dah cuba pelbagai cara namun hampa. Saya rasa ini effect ubat-ubatan yg diambil oleh ibu saya ketika dia mengandungkan saya. Saya juga tidak berpeluh berlebihan cuma jika saya berpeluh, badan saya akan berbau.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, bau badan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Diet tidak seimbang (contohnya terlalu tinggi karbohidrat dan protein, atau kekurangan vitamin)
- Masalah ketidakseimbangan hormon
- Stress
- Diabetes
- Jangkitan kulit terutamanya kulat
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.