
Sulit
4 tahun
Saya merasakan rahim sya jatuh
Saya rasa senak d bawah perut , kebas di kaki , sya memasukkan 1 jari dan merasakan rahim saya jatuh , boleh kah sya mengandung jika rahim dinaikkan semula

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf cik, kerana informasi yang diberikan adalah terlalu singkat dan tidak jelas.
Oleh itu, saya sarankan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda yang sebenar, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Maka dengan itu, kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat sekiranya terdapat gejala yang merungsingkan anda.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Untuk makluman anda, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gangguan ketumbuhan Adenomyosis atau Fibroid
- Prolaps rahim atau prolaps faraj - lazimnya berlaku pada wanita tua atau yang mempunyai sejarah melahirkan bayi yang banyak
- Jangkitan kuman pada kelamin atau isitilah lainnya kencing kotor
- Gangguan Pelvic Organ Prolapse yang lain
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan wanita anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Tambahan lagi, anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan kepada doktor kami secara langsung diatas talian.