
Sulit
3 tahun
Saya umur 21. Gatal lubang dubur sudah 5 bulan
Rasa sgt gatal dibahagian lubang dubur. Sudah lebih 5 bulan. Sudah cuba mkn ubat cacing tp tak bekesan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, keterangan yang anda berikan adalah masih kurang lengkap bagi menegakkan sebarang diagnosis. Secara umum, gatal pada lubang dubur boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat jangkitan cacing perut seperti cacing pita
- Gatal dubur akibat jangkitan kulit
- Gatal dubur akibat bulu dubur
- Penyakit usus seperti IBS ataupun IBD
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.