
Sulit
4 tahun
Saya umur 35.Tangan menggigil. Dah lama tapi makin berusia makin susah nak kawal
Tangan menggigil dan menggangu rutin harian saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara umum, terdapat beberapa masalah yang boleh menyebabkan tangan menggigil seperti:
- Penyakit tiroid - seperti hipertiroid
- Penyakit kelebihan adrenalin - seperti Pheochromocytoma
- Masalah hati - juga boleh menyebabkan menggigil yang digelar “asterixis”
- Kurang gula - boleh terjadi pada pesakit diabetes jenis 1
- Anemia (kurang sel darah merah)
Untuk mengetahui punca masalah anda, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih