Sulit
3 tahun
Sehelai rambut pendek tercucuk masuk ke dalam tapak kaki saya
Hi dr, saya perasan kaki saya tercucuk sehalai rambut pendek, tapi masa saya sedar akan perkara tersebut, rambut tu dah masuk dalam tapak kaki saya dan sukar untuk dikeluar, jadi saya biarkan dengan andaian tiada apa akan berlaku, tapi hari kedua saya periksa, rambut tu sudah masuk ke dalam lagi dan tak kelihatan tapi rasa sakitnya masih dpt dirasai. Apa yang saya perlu lakukan ya,adakah ia akan beri kesan buruk jika dibiarkan? Berapa pula kos untuk keluarkan rambut tersebut?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan yang anda alami. Namun, maklumat yang diberi tidak cukup untuk mengenalpasti masalah anda dengan lebih tepat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor anda yang berdekatan. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Terima kasih.