
Sulit
5 tahun
Senak selepas ejakulasi
Saya lelaki berusia 22 tahun. Sejak kebelakangan ini, saya mendapati bahawa saya akan berasa sedikit senak setelah ejakulasi. Adakah perkara ini normal bagi seorang 9?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, tidak selesa apabila ejakulasi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
- Batu karang
- Saluran kencing tersumbat
- Radang prostat
- Luka atau kecederaan pada salur kencing
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.