
adilecia888
5 tahun
Sentiasa rasa cemas dan gelisah
Salam doktor.sy berumur 31 tahun.kini sy xberkerja dan menjadi stay home dad selama setahun di korea selatan.semenjak setahun sy menjaga anak kecil sy,Saya rasa cepat marah.jantung mudah berdebar2.kadang2 rasa hanyut dibuai buai.yes sy tidak bergaul dgn sesiapa disini kecuali isteri dan anak sy 2 org.badan sy sentiasa rasa berangin.apakah faktor sy rasa camni doktor.terima kasih in advance

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, berdebar-debar, cemas dan gelisah biasanya boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Refluks asid perut iaitu keadaan yang mana isi perut yang bersifat asidik naik ke esofagus dan menimbulkan rasa sakit dada memandangkan posisi esofagus yang terletak di belakang tulang dada.
- Perikarditis iaitu keradangan selaput jantung ataupun myorcarditis iaitu keradangan otot jantung. Pada keadaan ini rasa sakit biasanya bertambah setiap kali menarik nafas.
- Sakit terkait otot dan tulang seperti costochondirits iaitu keradangan tulang rusuk. Biasanya pesakit sukar menentukan apakah sakit tersebut di dada atau rusuk teruatama jika terkena tulang rusuk atas.
- Kecelaruan keresahan atau dalam bahasa Inggeris dikenali juga sebagai anxiety . Ia gejala fizikal yang timbul bersamaan dengan rasa bimbang seseorang.
- Kesan pengambilan ubat-ubatan. Kebanyakan ubat jika tidak digunakan dengan benar dapat menimbulkan kesan sampingan dan reaksi yang dapat mempengaruhi kesihatan seseorang
- Gangguan ritma jantung
Melihat kepada banyaknya penyakit yang dapat mendasari gejala ini daripada yang tidak merbahaya sehingga yang kecemasan, anda adalah digalakkan untuk merujuk ke doktor agar penyebab dapat dikenalpasti dan sekiranya situasi mencemaskan ia dapat ditangani dengan segera.
Bagi mengenalpasti penyebab berdebar anda, pertanyaan dan pemeriksaan lanjut harus dilakukan. Justeru, silakan klik pada link untuk bercakap dengan doktor jantung kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!