Sulit
2 tahun
Sering merasa resah malah tangan dan kaki akan menggigil seolah dalam ketakutan
Assalamualaikum dan hi, saya berumur 24 tahun. saya sering merasa resah malah tangan dan kaki saya akan menggigil seolah dalam ketakutan dan gejala ni sering berlaku tanpa punca. Boleh saya tahu sebab sebab gejala itu sering berlaku?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Penyakit hipertiroid
- Hipoglikemia
- Penyakit Parkinson
- Masalah psikiatri (anxiety attack atau panick disorder)
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.