
Sulit
5 tahun
Sering sakit kepala Dan rambut gugur
Saya wanita berumur 24thn,dalam beberapa Hari ini Saya sering merasa pening kepala Dan rambut Saya samakin Hari samkin banyak yang gugur.apakah maksud semua in dr?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Sakit kepala secara amnya terbahagi kepada dua iaitu sakit kepala primer dan sekunder. Sakit kepala primer biasanya adalah:
- Migraine biasanya sakit kepala bersifat berdenyut-denyut
- Cluster type headache
- Tension type headache
- Akibat penggunaan ubatan
- Akibat sinusitis iaitu keradangan lubang tengkorak
Mengenai keluhan rambut gugur, sebetulnya keluhan tersebut adalah agak subjektif. Hal ini kerana, yang anda istilahkan sebagai banyak tersebut harus dinilaikan dalam nilai standard seperti berapa helai rambut yang gugur ataupun luas daerah yang membotak dan sebagainya. Secara umum, pada wanita usia muda rambut gugur biasanya terjadi akibat regangan fizikal seperti ikat atau sikat rambut yang kasar ataupun akibat stress. Amat jarang sekali rambut gugur disebabkan oleh masalah sistematik seperti penyakit autoimun. Untuk itu, anda perlu merujuk lanjut dengan doktor agar dapat disesuaikan keluhan sakit kepala dan rambut gugur dengan pengubatan terbaik
Memandangkan anda telah mengalami masalah ini sejak beberapa lama dan kerap kali, sebaiknya anda merujuk ke doktor agar ia dapat diatasi dan tidak mengganggu aktiviti harian anda. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.