Sulit
4 tahun
Sesak nafas, sakit dada hingga ke belakang, sakit kepala, selsema dan batuk ringan
Hai Dr. Saya perempuan berumur 30 tahun, sebelum ini jantung saya berdegup laju tanpa sebab. Dua hari yg lepas saya sesak nafas dan sakit dada seperti ditekan hingga ke belakang. Saya jga merasa sakit kepala dan pngelihatan sya juga semakin kabur (saya pengguna kaca mata) hari ni, saya selsema dan sedikit batuk ringan, adakah perkara ini ringan dan bole dirawat sendiri atau adakah sya prlu berjumpa doktor? Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah sakit dada boleh disebabkan oleh:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Masalah sesak nafas secara amnya boleh disebabkan oleh:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.

































