Sulit
5 tahun
Simen fiber tangan.bendasing sudah termasuk kedalam simen fiber adik saya.adakah akan berlaku infection atau just nothing happened
Adik saya patah tangan dan pakai simen fiber pada tangannya.Namun hari ini,syiling termasuk ke dalam simen fiber itu kerana ada ruang di celah celah tangannya.Bagamaina doktor?adakah akan berlaku infection atau masalah lain .Kami dah cuba keluarkan tetapi tidak boleh dan sudah tersangkut terlalu dalam
6 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, sebarang benda asing yang tersangkut pada anggota badan boleh mengakibatkan jangkitan jika ia dibiarkan begitu lama. Anda perlu menghadirkan diri ke klinik ataupun ke hospital untuk menjalani prosedur untuk mengeluarkan syiling tersebut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.






























