
Sulit
4 tahun
Simptom sle without rahes
bolehkah seseorang yang mengalami simptom sle but dont have any rashes? adakah semua pesakit sle mengalami simptom red rashes?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, rash merupakan salah satu gejala yang dapat dilihat dalam pesakit yang mengelami SLE. Namun, tidak semua yang mengalami penyakit ini akan menunjukkan gejala ruam terutama sekali di wajah, dipanggil butterfly rush. Terdapat banyak gejala lain yang boleh berlaku dalam pesakit yang mengalami masalah SLE ini. Antaranya:
- Sendi
Keradangan pada sendi sehingga menyebabkan ia membengkak. Sendi yang sering terjejas ialah sendi pada bahagian lutut, pergelangan tangan dan buku lali.
- Lapisan mukosa membran
Apabila antibodi menyerang lapisan ini, ia akan menyebabkan ulser terjadi. Maka, pesakit akan hadir dengan masalah ulser pada mulut atau hidung.
- Otak
Pesakit boleh mengalami sawan epilepsi dan masalah saraf.
- Buah pinggang
Antibodi boleh menyerang sel buah pinggang sehingga menyebabkan kebocoran protein.
- Jantung
Keradangan terhadap jantung akibat penyakit autoimun ini boleh menyebabkan masalah pada jantung serta strukturnya. Pesakit boleh mengalami masalah degupan jantung yang tidak seimbang, kegagalan fungsi injap jantung atau yang lebih teruk kegagalan fungsi jantung.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.