
syazul_1982
5 tahun
Suami terpancut air mani waktu haid
Saya bersama suami n suami buang dalam air mani,ketika bangun ke bilik air saya tengok ada darah haid.Saya period hari pertama tetapi suami terpancut dalam air mani.Adakah hari pertama haid saya boleh mengandung?jika boleh boleh kah waktu haid saya makan pil Pastinor…tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Sekiranya hubungan masih kurang 72 jam, silakan untuk mengambil Postinor-2 pil pertama diikuti pil kedua dalam tempoh 12 jam. Untuk makluman anda, pil Postinor tidak bermaksud untuk digunakan sebagai pil perancang rutin. Ia hanyalah diindikasikan untuk kegunaan kecemasan sahaja dan hanya boleh digunakan satu kali dalam setiap kitaran haid. Sekiranya anda mahu mencegah kehamilan, silakan memilih opsyen perancangan keluarga yang lebih rutin seperti pil perancang, suntikan perancang dan IUCD.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.