
Sulit
4 tahun
Sukar nak tarik nafas panjang dan kadang-kadang rasa nyeri di dada sewaktu menarik nafas
Salam sejahtera doktor. Saya seorang perempuan berumur 23 tahun. Akhir-akhir ini saya kerap merasakan sakit kepala, tak selesa di bahagian perut dan juga susah nak tarik nafas panjang. Kadang-kadang bila tarik nafas panjang, rasa tak puas. Saya juga kadang-kadang berasa nyeri di bahagian dada bila menarik nafas (tapi tidak selalu). Adakah saya mempunyai tanda-tanda masalah jantung?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan sukar bernafas termasuk:
- Anemia - kurang darah
- Penyakit paru paru seperti jangkitan paru-paru
- Ketegangan otot - akibat senaman atau keradangan
- Penyakit asid refluks ataupun gastrik
- Penyakit jantung - seperti jantung berlubang, ritma tidak tetap ataupun saluran darah rosak seperti aorta koyak atau aneurisma
Untuk makluman anda, risiko anda untuk menghidap penyakit jantung adalah lebih tinggi sekiranya anda mempunyai faktor-faktor risiko untuk menghidap penyakit jantung seperti:
• Usia yang lebih tua
• Anggota keluarga yang menghidap penyakit jantung
• Darah tinggi
• Kencing manis
• Kolesterol tinggi
• Penyakit buah pinggang
• Merokok
• Berat badan berlebihan
• Kekurangan senaman
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.