
Sulit
4 tahun
Sukar utk tarik nafas dalam2,rasa macam tak sampai dkt dlm paru paru oksigen tu,badan rasa menggigil dan resah bila waktu malam
Sy berumur 25 thn,sy mengalami rasa sukar utk bernafas ,badan menggigil dan resah bila waktu mlm…boleh sy tahu masalah apa yg sy alami dn bagaimana nak hilangkan bdn menggigil dh resah ni

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit dada disertai beberapa gejala diatas boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Anemia - kurang darah
- Penyakit paru paru seperti jangkitan paru-paru
- Ketegangan otot - akibat senaman atau keradangan
- Penyakit asid refluks ataupun gastrik
- Penyakit jantung - seperti jantung berlubang, ritma tidak tetap ataupun saluran darah rosak seperti aorta koyak atau aneurisma
Untuk mengetahui punca sakit dada anda ini, siasatan rapi diperlukan. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.