
Sulit
4 tahun
Tak datang period 5 bulan
sya wanita 20 an. belom berkahwin. period x datang masuk 5 bulan. bermula 2 minggu lepas perut saya mula membesar. selepas saya makan saya rasa tidak selesa dan terasa sakit di antara payudara dengan perut. keputihan berbau. sejak sekolah menengah lagi period saya tidak teratur. apa masalah saya ye. ramai tegor sya mengandung

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Anda tidak perlu hiraukan apa yang masyarakat katakan tentang perut anda.
Sebenarnya, keputihan di bahagian kemaluan adalah sebuah perkara yang biasa, terutamanya jika ia berlaku sebelum atau selepas haid. Akan tetapi, jika keputihan itu berbau dan menyebabkan kegatalan, sepertimana yang cik adukan, kemungkinan besar ia adalah kerana jangkitan yis atau bakteria di kemaluan (vagina). Seorang wanita yang sihat akan ada bakteria dan yis tumbuh di vagina. Bakteria ini akan berfungsi untuk membunuh organisma yang berbahaya untuk wanita. Untuk individu yang sihat ini, dia tidak akan mengalami apa-apa simptom. Namun demikian, apabila keseimbangan itu hilang, yis akan berganda dan menyebabkan simptom-simptom seperti yang cik mengadu di atas.
Terdapat banyak sebab yis boleh berganda di kemaluan. Untuk contoh, stress, kencing manis, hormon tidak seimbang kerana mengandung ataupun menggunakan pil perancang, dan juga penggunaan antibiotik lebih dari 10 hari
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!