
shehsterm
4 tahun
Tangan beketar dan lemah
Saya seorang lelaki umur 22…saya nak tanya kenapa tangan saya selalu begetar…ada kala bergetar sekali dgan tanga saya jadi lemah mcm tiada daya…selalu terjadi bila mengam sesuatu barang seperti fone atau menaip

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah tangan menggeletar ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara antaranya:
- essential tremor (tangan menggeletar tanpa sebab)
- penyakit cerebellar
- Penyakit Huntington
- kesan sampingan ubat, seperti ubat psikiatri, anti-epilepsi, anti-asma, dan ubat imunosupresan tertentu
- pengambilan kafein berlebihan
- penyalahgunaan alkohol atau dengan ketagihan
- anxiety (kegelisahan)
- gula dalam darah rendah
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Pihak kami tidak dapat untuk menentukan punca masalah tangan anda hanya dengan maklumat yang diberikan. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.