
Sulit
4 tahun
Tangan dan kaki berpeluh dengan teruk
Apa cara untuk saya kurangkan peluh dekat tangan dan kaki , sebab susah nak buat kerja bila tangan dah berpeluh . ada satu masa tu dia berpeluh sampai basah berjeruk . Apa punca tangan berpeluh ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Masalah tiroid
- Menopaus
- Kencing manis
- Masalah sistem saraf
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Punca masalah berpeluh yang dinyatakan oleh anda perlu diketahui dengan lebih lanjut. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Rawatan hanya akan diberikan berdasarkan diagnosis yang diberi oleh doktor.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.