
Sulit
3 tahun
Tangan dan kaki berpeluh teruk sehingga menimbulkan ketidakselesaan
saya wanita berumur 20 tahun. sejak kecil lagi saya mengalami masalah tangan dan kaki berpeluh. tetapi sekarangan tapak tangan saya berpeluh sehingga jika apabila terkena air lama sedikit tapak tangan saya akan kecut sangat sehingaa rasa pedih. fingerprint di handphone tak dapat detect. adakah ini penyakit doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami masalah yang menimpa diri anda iaitu tangan dan kaki berpeluh sehingga mendatangkan ketidakselesaan serta menganggu aktiviti harian.
Kuat berpeluh atau lebih dikenali sebagai hiperhidrosis adalah keadaan yang menyebabkan seseorang berpeluh dengan banyak. Peluh boleh berlaku dalam apa jua situasi seperti cuaca sejuk atau tanpa pencetus sama sekali. Ia juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan lain seperti ‘menopause’ atau hipertiroidisme/‘hyperthyroidism’. Hiperhidrosis boleh menyebabkan ketidakselesaan.
Hiperhidrosis boleh dibahagi kepada “idiopathic hyperhidrosis” dan “secondary hyperhidrosis”.
- Hiperhidrosis idiopatik/”Idiopathic hyperhidrosis
“Idiopatik” bermaksud “sebab yang tidak diketahui.” Dalam kebanyakan kes, hiperhidrosis adalah setempat. Orang dengan hiperhidrosis primer biasanya berpeluh dari sejenis kelenjar peluh tertentu yang disebut kelenjar peluh eccrine. Kelenjar peluh eccrine sangat banyak di kaki, telapak tangan, muka dan ketiak. - Hiperhidrosis sekunder/Secondary hyperhidrosis
Jenis ini lebih cenderung menyebabkan seseorang berpeluh semasa tidur. Dalam kes ini, terdapat sesuatu yang menyebabkan hiperhidrosis, iaitu masalah kesihatan atau ubat.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.