
Sulit
3 tahun
Tangan kiri kebas dan sejuk
Saya wanita usia 22 tahun, tiada sejarah sebarang penyakit, sejak dua menjak ini saya merasa lenguh tangan bahagian kiri dari bahu sampai hujung jari, kadangkala rasa sejuk walhal tangan kanan saya ok. Kadangkala saya kerap terjaga malam dan susah tidur, dada saya rasa tidak selesa tetapi tidak sakit atau sesak nafas, cuma kadang-kadang terlampau bimbang.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah pada tangan kiri daripada bahu sehingga ke jari iaitu kebas, lenguh dan sejuk. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Aliran darah yang tidak mencukupi
- Mengangkat ataupun melakukan kerja berat
- Bahagian tangan yang tertindih
- Kedudukan dan posisi tangan yang salah sewaktu melakukan aktiviti
Namun begitu, masalah yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Trauma
- Diabetes atau kencing manis
- Masalah otot dan juga saraf
- Kekejangan otot
- Masalah jantung
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.