
Sulit
3 tahun
Tangan kiri kerap lenguh
Sy wanita 27thun 4thn lps smasa sy mngndung ank kedua pihak hospital mngesahkan sy ada tanda tiriod dan selepas melahirkan sya dah berhenti untuk periksa susulan dan sekrang saya kerap berasa letih,sakit dibahagian belakang,kerap sakit kepala dan tangan sebelah kiri kerap berasa lenguh dan rasa tak puas genggam sehingga menganggu untuk pegang sesuatu objek…adakah ini disebabkan sakit yang disahkn pihak hospital dulu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah tangan kiri anda yang kerap lenguh dan ia mengganggu anda. Namun begitu, anda tidak perlu risau kerana kami akan cuba untuk membantu anda.
Pelbagai punca yang boleh menyebabkan mengapa seseorang mempunyai masalah sakit dan tangan. Ia boleh disebabkan oleh masalah atau keadaan yang biasa sehinggalah ke masalah yang lebih serius.
Antara sebab yang biasa dikaitkan dengan masalah lenguh tangan adalah:
- Penggunaan sendi yang berlebihan tanpa rehat (musculoskeletal aches)
- Kecederaan pada tangan
Antara sebab yang lebih serius yang boleh menyebabkan seseorang mengalami tangan yang lenguh adalah:
- Masalah saraf
- Kencing manis
- Artritis
Disebabkan anda mengalami keadaan ini berpanjangan, kami sarankan anda hubungi doktor kami di atas talian untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut dan kami akan membantu anda.
Kami berharap jawapan kami membantu anda, terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.