
Sulit
4 tahun
Tangan kiri terasa lenguh
Saya wanita dalam 20an. Kerja customer service tetapi dlm masa yg sama buat kerja2 angkat berat. Hari ini lepas kerja saya ingin rehat. Tetapi setiap kali saya cuba berehat atau letak tangan saya at rest, rasa lengih atau berdenyut pada bahagian radial n.tangan kiri saya semakin sakit. Perkara ini juga pernah terjadi sblm ini. Tangan tiba2 menjadi lenguh sakit. Tidak kebas. Cuma lenguhh …terasa berat. Genggam tak dapat kerana terasa lenguh dan lemah.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- penggunaan tangan yang terlalu banyak
- postur melakukan pekerjaan yang salah
- tekanan kepada saraf kerana postur seperti dalam student’s elbow
- masalah saraf seperti sindrom carpal tunnel, nerve palsy
- masalah otot
- terseliuh tulang bahu atau mana-mana struktur tulang dalam tangan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.