Sulit
3 tahun
Tangan muncul urat warna ungu
Doktor, sebelum ni tangan saya memang timbul urat (hijau). Kali ini, saya perasan tangan saya muncul urat warna ungu. Tapi saya tiada masalah kesihatan. Adakah ia bahaya? Urat ni boleh hilang?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, tangan bengkak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
-kekurangan oksigen
-pelebaran pembuluh darah yang ada di tangan
-keradangan pada pembuluh darah di tangan
Cadangan yang dapat dilakukan sementara mendapatakan pemeriksaan doktor:
-rendam tangan dalam air suhu biasa di bahagian yang berwarna ungu
-menjaga kesihatan diri dengan istirahat yang cukup.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih