Sulit
5 tahun
Tangan patah dan telah menjalani pembedahab
Saya baru lepas operate… Xray selepas operate tangan yg patah, mcm ada serpihan tulang lg… Sy takut ada effect pd masa akan datang… Adakah sy kena operate semula
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ada keadaan apabila serpihan tulang perlu untuk dikeluarkan dan ada masanya tidak. Hal ini bergantung kepada penilaian doktor selepas mengambil kira saiz serpihan, tempat serpihan serta masalah kesihatan lain. Serpihan yang tidak dikeluarkan akan tumbuh dengan tulang yang sedia ada. Kami tidak boleh mengulas lanjut berkenaan hal ini kerana tidak melihat X-ray tersebut dalam memberikan kata putus.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.































