
Sulit
4 tahun
Tangan rasa lenguh dan penat bila byk menggunakan tenaga di bahagian tgn
Saya umur 15 dan baru-baru ni sy terkena kejutan elektrik di asrama. Lepas sy kne tu, sy jd penat n sy dpt rasa mcm ad something xkena dekat bahagian tgn yg kne tu, tgn sy jd merah n lama jgk, xblh nk menulis lama2 , tgn sy jd lemah+sakit. Jadi, sy nk tnya apa sebenarnya yg berlaku n mcm mna nk atasi.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana saya memerlukan pemeriksaan kondisi tangan anda untuk menghsilkan kesimpulan yang tepat. Untuk kecederaan renjatan elektrik di peringkat ringan yang tidak mempunyai simptom seperti melecur tidak memerlukan rawatan. Namun begitu, anda perlu berjumpa dengan segera jika anda mempunyai simptom-simptom ini:
- sudah 5 tahun tidak mendapat suntikan imunisasi tetanus
- kesan melecur tidak makin pulih
- kesan melecur menjadi lebih merah dan bertambah pedih
Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan seseorang mengalami kelemahan pada tangan seperti:
- Carpal Tunnel sindrom
- Diabetic Neuropathy
- Arthitis
- Kecederaan saraf ulnar
Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut kerana pemeriksaan yang lebih teliti perlu dibuat sebelum melakukan langkah seterusnya. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.