
Sulit
3 tahun
Tangan Sengal dan Berdenyut
Saya wanita berumur 68 tahun. Sudah hampir 7 bulan tangan sebelah kanan saya rasa sengal sengal dan berdenyut. Baru baru ini, denyutan makin kuat sehingga kan tidak boleh tidur malam. Saya sudah melakukan xray dan GP tersebut kata tiada apa pada tangan saya. Saya mempunyai darah tinggi dan juga kencing manis. Dan untuk pengetahuan, saya lebih banyak menggunakan tangan kiri kerana saya seorang kidal. Hal ini sangat mengganggu kerana saya tidak dapat tidur yang lena setiap malam.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah anda boleh berpunca daripada beberapa perkara seperti :
- Kecederaan pada tangan
- Posisi tidur yang kurang baik
- Alahan
- Masalah saraf
- Penyakit kencing manis
- Hipertensi
- Stress
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya anda merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.